Selasa, 18 Februari 2014

My Short Visit to Star Cruise

Hollaaaa :D 

Mingu lepas my cousin Whatapps ni...

So, dengan herannya aku reply.. 

Aku : Apa ni kaknor? (pura-pura x tau)
Kaknor: Mo ikut ka na? 
Aku: Well of coz.....mauuuuuuu!!!
Kaknor: Ok kalau macam tu besok singgah office kita pegi sama2..

Begitulah permulaan cerita macam mana aku boleh naik Star Cruise ni..hehehe


Harini nak share sikit pasal experience naik kapal Star Cruise last Friday (14/02/2014)
My cousin ajak, memandangkan memang tak plan apa2 aritu, sangguplah aku join lagipun nak tau jugak best macamana bila naik Star Cruise ni.. Cuma kesian adik aku x dapat join sebab ada limit. :(

Masa sampai dekat pelabuhan, memang best gila2. Parking pun dekat kapal..hihihi..So x payah susah2 jalan kaki sudahlah panas. Lucky us. *_*

Akibat x bawa shade... -__-

Jarak parking & kapal. Memang dekatt...Jyeaahh

Abaikan fesyen tudung angin.... 

Ok, on that day sebenarnya kitorang kena jemput celebrate birthday Datuk D.J Dave yang ke 66 tahun. Masa sampai, kena sambut macam YB sebab masa parking ada org guide,cehhh..lepas tu ada tarian singa for 2minit and kapten pun sambut..hihihi...masa dalam lif pun ada guide. Cousin aku yang peramah ni pun tanya:

Kaknor: Banyak artiska?
Crew: Sorry?
Kaknor: Banyakka artis datang? sepa2 yang ada ni?
Crew: Sorry i dont understand....
Kaknor: Oooo...nda pandai cakap melayu

(kikiki..lawak betul kak sepupu aku ni)

Ting* 

Kami sampai tingkat 10.
Masuk & direct ambik makanan..

Actually this is my very 1st time jumpa face to face. Memang terkejut gila sebab Datu D.J Dave maintain muda.. Sebiji macam dalam CD yang bapa aku beli dulu. Sudah tu, nampak sangat bertenaga.Dia pun adalah nyanyi dalam 5-6 buah lagu or lebih.. nda perasan sgt sbb aku asyik makan.Biar aku makan2 tapi sempat ambik picture Datuk D.J Dave k.. giggles*


 Datuk D.J Dave tengah agihkan angpow....

Aku yang sangat fokus masa life band. Tapi dalam hati meraung2 nak pusing kapal...and besar gilak sanggul kaka ni.hihihi

Okla, habis show n potong kek semua, kami pusing2 kapal... Actually nda sempat pusing 1 kapal sebab pekerja tipu sambung belayar jam4..Masa tu 10minit lagi jam 4.so sangat2 kelam kabut..Tapi..Tapiiii.....
 Esok2 masa lalu dekat pelabuhan, kapal tu still ada.. cissss!!! Tipah tertipu..



Ok ni last pictures masa jalan2 dekat kapal... 

Ni laluan bilik ke bilik.. Aku rasa seram sikit sebab laluan sempit..
Feeling Titanic memang jauh sangat...


Ni cousin aku... Amboi2 banyak sangat picture kak sorg ni..Tapi aku malas upload..hikhikhik

Eh..kaknor lg..hihihi...

Last one... Selfie from us.. Ok bye!!









Selasa, 11 Februari 2014

Miyami, Siti & Marykay

Holaaa.. :D

Baru-baru ni, aku ada jumpa kawan2 lama masa sekolah. Diorang tanya apasal kulit aku nampak sedikit flawless.. hihihi.. Sedikit sahaja wokey!! Actually, bila dah ramai yang tanya ofcoz la rasa suka n siap bagitau benda yang kita pakai. Tapi aku taklah pakai mahal2 sangat sebab aku tak cuba lagi. Lagipun kalau pakai mahal2, belum tentu sesuai dengan kulit muka kita. So, aku pilih jalan selamat dengan memakai apa yang aku biasa pakai. Ok, sebenarnya ada 2 benda yang aku takkan lupa sebelum keluar rumah.

1. Miyami Compact Powder

Bedak ni memang fav aku dari dulu lagi. Mula2 memang tak serasi,then aku stop pakai. Kebetulan satu hari tu, aku lupa bawa compact yang aku biasa pakai. Then kaka aku bagi aku bedak ni. So, nak tak nak, aku pakai la. Pastu kawan aku tegur, muka aku nampak berseri2, muka pun tak minyak sangat sampai ke petang lepas tu aku start pakai balik. Harga murah ja RM27 (non-member) RM17 (member price)
Hihihi :D 

2. Simplysity Acne Solution (Simply 5 Cream)

Ni kakak aku yang beli.. Almaklumla kakak aku ni pembazir sikit. Pantang gaji mesti beli barang2 makeup. Aku ni masa tengah study kedekut sikit nak keluarkan duit untuk alat2 cosmetic. Selalu memang kakak yang jadi supplier.. Ok masa pakai ni, memang best la.. Kulit nampak flawless. Tak rasa berat kat muka. Harga pun takla mahal sangat. Selalunya aku apply cream ni before pakai compact. Harga tak sure sbb kakak yang selalu supply. Tak silap below RM50.
(No 4 dari kiri) 


3. Mary Kay Foundation

Sebelum pakai simplysity product kat atas, aku pernah pakai marykay. Marykay ni best product yang aku pernah pakai. Memang best gila. Harga pun berpatutan. Cuma Rm60 if tak silap.Ni pun kakak aku yang introduced kat aku sebab dia member kat MaryKay jugak. So far bila pakai ni, kulit muka rasa gebu semacam ja.Pastu cover liang roma and tahan lama. Tu yang best best best.. Tapi kakak aku dah pindah KL, so aku pun beralih arah..

Packaging Lama

Packaging Baru




Ok kat bawah ni hasil pakai Miyami dan cream simplysity..









Tadaaaaaaaaaa....... :)


Selain tu teknik cahaya jangan lupa..tu pun penting jugak.... hihihi
(Gambar masa kenduri kat kampung)




Alhamdulillah bila pakai Miyami dengan cream/foundation ni memang kulit flawless gila.. Hehe.Aku jarang pakai blusher kecuali bila perlu. Hah ni review aku untuk product yang aku pakai. So korang pakai apa untuk nampak cerah berseri? Jom share tips dan product apa yang bestt!! 

Perfume Original tapi Murah gila-gila

Well hello there :D

Hai semua, apa khabar?harap semua sihat-sihat belaka.. hihihi. Hari ni nak introduce pasal perfume original dengan harga yang berpatutan. Range price pun tak lebih daripada RM220 untuk 200ml. If conter price untuk 100ml sahaja dah cost Rm279. (based on brand) So bayangkan betapa untungnya kita sebab dapat save cost.So sape2 berminat boleh direct contact i. Insyallah semua perfume yang anda nak available.  Akan cuba usahakan.

Pernah tak dengar perfume original tapi murah? and tahu tak sebab apa perfume tu murah?  ok meh aku terangkan sedikit sebanyak kepada persoalan2 berikut:

Apakah itu perfumes reject?
Reject bererti kecacatan dibahagian bungkusan, botol label dan sebagainya dimana ia tidak sesuai dijual di kaunter.

Factory minor defect
Biasanya perfumes yang dijual di kaunter100% sempurna dari segi bungkusan (kotak) dan sebagainya, reject perfumes adalah sebaliknya.

Shipment fault
Kebiasaannya apabila sampai ke negara penerima, bungkusan mengalami kerosakan dan tidak sesuai dijual di kaunter, oleh itu ia di jual melalui saluran kami.

Barangan contoh (tester) 
Setiap jenama baru yang di keluarkan akan di promosikan di kaunter-kaunter seluruh dunia, Barangan promosi akan di peruntukkan di setiap kaunter dan akan di labelkan sebagai tester not for sales. Akan tetapi kadang-kadang terdapat juga lebihan stok promosi dimana produk ini tidak boleh dijual di kaunter dan akan terpaksa dijual melalui saluran kami.

Bagaimana ketulinan dapat dibuktikan secara fizikal?
Dengan menggoncangkan botol perfumes 180 darjah ke kiri dan kanan anda akan dapat melihat buih-buih halus yang akan mengewap ke atas permukaan cecair perfumes, buih-buih yang terhasil bukan buih-buih udara tetapi lebih kepada molekul-molekul halus yang dapat dilihat. 

Untuk pembelian perfume original tapi reject, korang boleh contact i thru wechat id ni : wana_wana

tq for reading :)


Khamis, 6 Februari 2014

Comeback to back

Well hello... :D


Lama tak hupdate my blog sbb lupa pasword..Tapi lepas selalu baca blog orang lain, tiba-tiba nak merajinkan diri berblog jugak.Walaupun tau penulisan teruk kira tak peduli jugak. giggles* .Apa2pun yeahh finally aku berjaya jugak retrieved email & pasword nih.. Almost 2-3months tak jenguk my blog. I dont care if ada yang baca or takde (but ofcoz la nak org baca atleast ada kawan2) ni kita sunyi sepi je syok sendiri melayan perasaan..haha takpelah janji diri happi..
Blog aku ni dah nak dekat 2tahun if tak salah. Sebenarnya aku saja2 nak buat blog. Sebabnya aku lebih suka berdiam daripada banyak cakap. If nak cakap banyak2 pun, biar kat dalam blog ni je.

Tapi harini banyak sangat aku nak ceta, tapi bila nak ceta banyak2, ayat akan sedikit berterabur, cerita sebenar akan lari sedikit banyak. So better ceta setakat yang afdal. 


So dah masuk 2014 kan..kan..So rasanya tak salah nak ucap Selamat Tahun Baru walaupun dah masuk bulan Feb  kepada semua pembaca samada secara langsung or tak langsung. erm ayat tak boleh blah.

Sempena 2014 nih, apa azam korang? 


Aku macam biasalah azam mmg macam2 sangat.              Kawen,kawen,kawan ( tak sudah2 )Tapi semestinya kita berazam nak yg terbaik kan daripada tahun2 yang lalu.
Alhamdulillah tahun ni aku rasa satu permulaan yang baik untuk aku.. Sekarang nih aku tengah berusahah nak jadi muslimah yang lebih baik. Kadang2 kita mengaku kita islam, tapi kita ada  tak tunaikan  kewajipan kita pada Allah, pada agama kita, pada ibu bapa kita. Sebenarnya aku taknak cakap lebih2 pasal benda ni tapi nanti org cakap aku lagak alim pulak.Apa2 pun semua terpulang pada nawaitu kita. Sekarang ni aku cuba jaga solat aku, aku dah tak nak lalai sangat dalam dunia ni. Sejak beberapa bulan lepas, perasaan aku jadi  takut teramat sangat yelah kita ni boleh mati bila-bila masa sahaja. Kadang-kadang kesian tgk Facebook kawan2 yang lain..Aku tak cakap aku baik sangat, tapi kalau aku ternampak Facebook segelintir kawan2 aku, aku rasa sangat2 bersyukur sebab ada mak bapa yang bagi didikan agama. Aku masih sedar batas2 pemakaian aku, dulu bila aku kuar rumah dengan seluar pendek setakat nak pegi angkat kain, mak aku dah membebel. So pakai seluar pendek kat luar rumah (even kat balkoni rumah aku dah terasa segan sangat) Berbalik pada cerita segelintir rakan2 aku kat Facebook, aku mmg tahu dari dulu lagi, kawan aku ni memang jenis seksi. Pakai singlet, short pant kat luar rumah tu dah tak heran apatah lagi keluar jalan2. Aku rasa berdosa jugak yelah walaupun tak rapat, rasanya sebagai saudara seagama, kita patut tegur. Kat facebook lagilah,aku tak tahu nak cakap apa, susah jugak bila dah bergambar terkangkang ternganga,lurah dendam dalam bagai, mungkin bagi sesetengah orang takpeee kot tapi kesianla kat mak bapak. Tapi mak bapak pun salah jugak, apesal tak tegur anak bila pakai macam tu. So dalam situasi ni nak salah kan sape? MUMMYDADDY or ANAK tu sendiri?
Sebenarnya situasi ni depends jugak. Ada mak bapa yg memang alim, bagi didikan agama sepenuhnya kat anak2 tapi anak salah arah. CultureShock gitu. Masa aku masuk UiTM dulu pun, aku ni kira pasif orangnya. Pendiam gila. Tapi alhamdulillah sekarang ni dah boleh bawak cakap sepatah dua patah di sebabkan pergaulan aku. Dulu masa kat sekolah nak pandang budak lelaki pun tak nak sebab aku pemalu sangat2 wei... hihihi..eh, lari tajuk la pulak. Berbalik pada cerita tadi, rasanya sebagai makbapakanak, apa2 keputusan nak jadi apa2 sekalipun, keputusan tu terletak pada tangan kita sendiri sebab akhir sekali kita yang kena bertanggungjawab atas setiap pilihan yang kita buat.Kalau kita nak masadepan cerah kat akhirat rasanya tak terlewat untuk kita kumpul amalan. Okla setakat ni tulisan sempena nak jadi org baru..hoyeehh.. Pilih jalan bebaik na.. hihihi..

toodless

Rabu, 9 Oktober 2013

suka suka update (cerita bulan ini)

hmm...baca tajuk pun kompom aku cuma mau merapu2 dalam entri aku kali ni..
lama ndak update blog ni n tiba2 rasa mau luah semua dalam blog ni.. Ya Allah sekarang ni aku rasa frust betul sbb belum dapat kerja lagi..Aku ka yang malas usaha or rezeki tu belum sampai2 lagi.Lately mmg ada dapat offer, tapi kalau jauh sangat aku btl2 nda berminat.Its really hard berjauhan smaa mama n bapa aku..Susah btl hidup kalau dorg teda..hihihi .memang cerewet btul aku ni..  Aku lebih minat bisnes2 ni lebih daripada kerja di opis. So aku start yang basic dulu jual branded handbag.. just taip threesistashop untuk facebook and 3sistashop untuk instagram (ceh sempat2).. 

ohya entri kali ni pun aku lebih minat cerita tentang SKINCERITY. kalau pernah dengar memang boleh tau yang produk ni memang ajaib and terkenal lah.. Memang ajaib parut, jerawat, or apa2 jak mmg akan hilang..aku ada pakai dalam masa 2 hari ni n alhamdulillah muka kurang2 berminyak. Ni misi aku untuk cerah berseri masa kawen nanti..*cewah kawin..hikhikhik* 

Hmm lari dari topik jap, happinya dapat anak buah, ni 1st anak buah dalam family kami. Nama dia Sophia Amani Muzafar. Masa kakak aku deliver hari tu, aku cepat2 la p rumah kaka aku sebab excited gila2 mo tgk baby kecik ni. So far sophia ni mmg comel gila plus tembam.. hihihi.. Aku suka btl cubit pipi dia sampai dia nangis sbb nda tahan tgk pipi montel dia.. Dia ni senang di jaga tapi yang bikin geramnya dia suka di angkat..lenguh jugakla tangan aku..hahaha.. (syok sendiri)

mmm..apa lagi ar,,tu jakla yang mampu aku cerita sbb aku teda mood.. tula entri ni mmg boring..bukan ni jak..mybe semua entri pun boring..hahahaha.. Kla...sekian..



dari diari hati penggangur yang bosan dalam hidup.. (tapi kalau rajin mnghadap Allah manala pandai bosan) nampak sangat aku ni kurang bersyukur* -,-

Khamis, 13 Jun 2013

Things i fear most in life....





Assalamualaikum everyone....
(ceh macamla ada yg baca blog ni..tapi rasanya sorang dua tu adalah kan, maybe?) xD
Em, harini aku ada feel awal2 pagi... So harini aku berminatlah nak share 1 bnda yg paling di takuti/fobia di dunia...

Antara yang telah aku blacklistkan ialah : Ular.....
Semenjak dua menjak ni aku ndataula napa aku rasa semacam even di rumah sendiri..Aku pun nda pasti tapi bila jak aku ke toilet, confirm rasa mo cepat2 keluar dari tempat ni... Actually ada sebab..hehehe.. Contohnya aku takut terjadi benda macam ni...hahaha...

Aku ni sebenarnya masa kecil, aku tinggal dengan nenek aku masa cuti sekolah. So besala kalau kampung, mesti ada semak2 ckit..Aku pernah terjumpa dengan ular. Masa tu on the way jalan kaki pegi rumah cousin aku. Bila ular tu lalu depan aku, Ya Allah apa lagi lari lintang pukang la..The best part is sampai selipar aku pun tertinggal di kawasan ular lalu lalang..at that time, selipar cuma 1 ja..So disebabkan aku nda mau pakai selipar jepun nenek aku yang besar tu, siap ada tanda T means TAMIN (my nenek name & bukan pemilik kicap cap Tamin), so aku decide cari...Mau ndamau aku terpaksa bawa abg sepupu aku cari selipar tu, kalau nda, terpaksala aku guna selipar jepun nenek aku..Setibanya di tempat kejadian, benda yang aku nda ble tahan ketawa ialah, bila cari2 selipar tu..mmg nda jumpa..Semua tempat aku sda geledah kecuali tempat yang semak sebab aku takut ada ular..Maybe dalam setengah jam jugala aku cari..Cari punya cari, last2 abang sepupu aku jumpa juga selipar aku tu.. Mesti korang nak tau kan kat mana aku jumpa selipar aku tu.. Hahaha.. Jawapannya ialah di atas pokok..hahaha.. aku nda dapat bayangkan la macam mana selipar aku tu boleh ada atas pokok siap tinggi pulak tu..Mustahil ada budak2 lain yg gantung sebab masa tu cuma kami bertiga sahaja budak2 di kampung tu..lagi satu kampung aku mmg sunyi..haha.. Sejak dari haritu, aku sangat2la fobia kepada ular,,,Aku just berdoa harap2 ndakan jumpa ular lagi..Tapi kalau dah mati confirm kan jumpa ular but its depends on amalan kita didunia.. WaAllahualam...and sampai bila2 pun..aku ndakan berani dengan ular since ular tu pandai mematuk..hahaha..Thats all for today...
psstt.psstt : korang takut dengan apa pulak? (selain Allah)
ohya before aku stop writing ni, aku nak senaraikan jenis2 ular yang paling berbisa di dunia hasil dari google2... hihihi..

1. Taipan (Inland Taipan)
Based on my reading, ular ni boleh membunuh...and boleh bunuh 100 org dewasa... tapi, ular ni sangat pemalu and kalau boleh memang mo avoid jumpa manusia and haiwan lain..hehe..For ur information, ular ni paling berbahaya di dunia...



2. Ular Coklat Eastern Australia
Yang ni pulak ular kedua terbisa di dunia.. Tapi spesis ni cuma ada di benua Australia, Papua New Guine and Indonesia. Ular ni jenis yang agresif. So sila jauhkan diri anda jika terserempak dengan ular jenis ni k...



3. Ular Taipan Pesisir Pantai

Ni pulak ular ketiga berbisa di dunia.. paling besar dalam keluarga Ular Taipan..Memang confirm sepa yang jumpa ular ni lari lintang pukang..hihihi

So setakat ni jakla yang aku mampu share ya...Yang lain2 korang gugel sendirila sebabnya aku geli gelaman sda tengok ular2 ni..Lagipun aku mmg fobia ular..even tgk mcm ni pun sda sejuk kaki, n rasa mo pengsan pun ada (ececeh, alasan padahal malasss) Okla till we meet again semua.. Thanks for read......
p/s : Skrg ni aku dah takut nak pegi toilettt..uwargghhhh..nyesal update gambar ularrr....sssssssss



Rabu, 8 Mei 2013

JANGAN BERHENTI....


Entri aku kali ni...mugkin boring..dan sangat2 memboringkan,,

tp apa yg aku type ni semua keluar dari hati aku yg tulus ikhlas..cehhh..hahaha...
sebenarnya aku tak faham sgt pasal dunia blog ni..seriously aku bkn minat sangat nak update2 blog tapi memandangkan aku ni kuat stalk others blog, then minat tu boleh timbul pula..
(mybe sebab aku suka baca kisah org lain)..but it doesnt means aku nak org lain baca kisah aku jgk..
aku enjoy baca blog org...apa yang aku baca kadang2 buat aku sedar, tingginya langit dan rendahnya bumi (xingat sgt peribahasa ni, hehe)..ingatkan aku ni banyak pengetahuan..rupanya2 ilmu aku di dada ni tersangatlah cetek..
tapi sesuatu telah terjadi and betul2 mengubah perception aku...
First of all, selama ni aku ingatkan hidup aku ni perfect..
1. Aku ingatkan belajar tinggi boleh jadi kayu pengukur kejayaan seseorang ternyata aku SILAP..
2. Aku ingatkan ada Boyfriend, aku BAHAGIA..
3. Aku ingatkan selama ni aku ada kereta sendiri, aku SENANG..
4. Aku ingatkan apa yang aku mahu, semua aku boleh DAPAT.
huhu..begitu singkat pemikiran aku ni...One day, Allah pertemukan aku dgn 1blog ni.. 

(Blog apa, rahsia, sebab aku ndamau pn blogger tu tau aku kuat stalk blog dia, malu wei..)
Selepas 2jam lebih baca entri2 dia, aku macam bangun dr mimpi....Ya Allah selama ni aku betul2 lalai..
Semua yang aku buat, pemikiran aku, perangai aku, perasaan aku, jauh beza dgn blogger ni..
dia kaki enjoy, dia sangat enjoy..ENJOYYIOO.......!!
tp enjoy yang aku maksudkan ialah dia enjoy belajar, dia enjoy kehidupan dia as student di negara orang, tp masih utamakan cara islam, dia mabuk bercinta, tapi cinta kan kasih Allah..Aduh, jauhnya beza dia dgn aku..Kenapala selama ni aku lalai, nda mengutamakan semua tu sebelum ni..
Kerja aku cuma stalk artis macam Fasha Sandha, Kim Kardahsian, lagu apa best, apa latest fesyen, movie, songs, fikir apa bf aku buat, knpa x msg,,, etc..
(punyala b***h).....
Sekarang ni apa yg ada dalam hati aku ialah penyesalan..Menyesal kenapa tym SPM nda belajar betul2, kenapa time ambk diploma n degree cuma main2.. sudahlah skrg ni ssh sngt mo dapat kerja...
u never know how i feel right now (frustrated, regret at highest level)

After all, what i really want right now is dont stop.....
Dont stop to be a better people,Dont stop to learn,and the most important isDont stop to love Allah,Dont stop....... <3