Khamis, 6 Februari 2014

Comeback to back

Well hello... :D


Lama tak hupdate my blog sbb lupa pasword..Tapi lepas selalu baca blog orang lain, tiba-tiba nak merajinkan diri berblog jugak.Walaupun tau penulisan teruk kira tak peduli jugak. giggles* .Apa2pun yeahh finally aku berjaya jugak retrieved email & pasword nih.. Almost 2-3months tak jenguk my blog. I dont care if ada yang baca or takde (but ofcoz la nak org baca atleast ada kawan2) ni kita sunyi sepi je syok sendiri melayan perasaan..haha takpelah janji diri happi..
Blog aku ni dah nak dekat 2tahun if tak salah. Sebenarnya aku saja2 nak buat blog. Sebabnya aku lebih suka berdiam daripada banyak cakap. If nak cakap banyak2 pun, biar kat dalam blog ni je.

Tapi harini banyak sangat aku nak ceta, tapi bila nak ceta banyak2, ayat akan sedikit berterabur, cerita sebenar akan lari sedikit banyak. So better ceta setakat yang afdal. 


So dah masuk 2014 kan..kan..So rasanya tak salah nak ucap Selamat Tahun Baru walaupun dah masuk bulan Feb  kepada semua pembaca samada secara langsung or tak langsung. erm ayat tak boleh blah.

Sempena 2014 nih, apa azam korang? 


Aku macam biasalah azam mmg macam2 sangat.              Kawen,kawen,kawan ( tak sudah2 )Tapi semestinya kita berazam nak yg terbaik kan daripada tahun2 yang lalu.
Alhamdulillah tahun ni aku rasa satu permulaan yang baik untuk aku.. Sekarang nih aku tengah berusahah nak jadi muslimah yang lebih baik. Kadang2 kita mengaku kita islam, tapi kita ada  tak tunaikan  kewajipan kita pada Allah, pada agama kita, pada ibu bapa kita. Sebenarnya aku taknak cakap lebih2 pasal benda ni tapi nanti org cakap aku lagak alim pulak.Apa2 pun semua terpulang pada nawaitu kita. Sekarang ni aku cuba jaga solat aku, aku dah tak nak lalai sangat dalam dunia ni. Sejak beberapa bulan lepas, perasaan aku jadi  takut teramat sangat yelah kita ni boleh mati bila-bila masa sahaja. Kadang-kadang kesian tgk Facebook kawan2 yang lain..Aku tak cakap aku baik sangat, tapi kalau aku ternampak Facebook segelintir kawan2 aku, aku rasa sangat2 bersyukur sebab ada mak bapa yang bagi didikan agama. Aku masih sedar batas2 pemakaian aku, dulu bila aku kuar rumah dengan seluar pendek setakat nak pegi angkat kain, mak aku dah membebel. So pakai seluar pendek kat luar rumah (even kat balkoni rumah aku dah terasa segan sangat) Berbalik pada cerita segelintir rakan2 aku kat Facebook, aku mmg tahu dari dulu lagi, kawan aku ni memang jenis seksi. Pakai singlet, short pant kat luar rumah tu dah tak heran apatah lagi keluar jalan2. Aku rasa berdosa jugak yelah walaupun tak rapat, rasanya sebagai saudara seagama, kita patut tegur. Kat facebook lagilah,aku tak tahu nak cakap apa, susah jugak bila dah bergambar terkangkang ternganga,lurah dendam dalam bagai, mungkin bagi sesetengah orang takpeee kot tapi kesianla kat mak bapak. Tapi mak bapak pun salah jugak, apesal tak tegur anak bila pakai macam tu. So dalam situasi ni nak salah kan sape? MUMMYDADDY or ANAK tu sendiri?
Sebenarnya situasi ni depends jugak. Ada mak bapa yg memang alim, bagi didikan agama sepenuhnya kat anak2 tapi anak salah arah. CultureShock gitu. Masa aku masuk UiTM dulu pun, aku ni kira pasif orangnya. Pendiam gila. Tapi alhamdulillah sekarang ni dah boleh bawak cakap sepatah dua patah di sebabkan pergaulan aku. Dulu masa kat sekolah nak pandang budak lelaki pun tak nak sebab aku pemalu sangat2 wei... hihihi..eh, lari tajuk la pulak. Berbalik pada cerita tadi, rasanya sebagai makbapakanak, apa2 keputusan nak jadi apa2 sekalipun, keputusan tu terletak pada tangan kita sendiri sebab akhir sekali kita yang kena bertanggungjawab atas setiap pilihan yang kita buat.Kalau kita nak masadepan cerah kat akhirat rasanya tak terlewat untuk kita kumpul amalan. Okla setakat ni tulisan sempena nak jadi org baru..hoyeehh.. Pilih jalan bebaik na.. hihihi..

toodless

Tiada ulasan:

Catat Ulasan