Selasa, 11 Februari 2014

Miyami, Siti & Marykay

Holaaa.. :D

Baru-baru ni, aku ada jumpa kawan2 lama masa sekolah. Diorang tanya apasal kulit aku nampak sedikit flawless.. hihihi.. Sedikit sahaja wokey!! Actually, bila dah ramai yang tanya ofcoz la rasa suka n siap bagitau benda yang kita pakai. Tapi aku taklah pakai mahal2 sangat sebab aku tak cuba lagi. Lagipun kalau pakai mahal2, belum tentu sesuai dengan kulit muka kita. So, aku pilih jalan selamat dengan memakai apa yang aku biasa pakai. Ok, sebenarnya ada 2 benda yang aku takkan lupa sebelum keluar rumah.

1. Miyami Compact Powder

Bedak ni memang fav aku dari dulu lagi. Mula2 memang tak serasi,then aku stop pakai. Kebetulan satu hari tu, aku lupa bawa compact yang aku biasa pakai. Then kaka aku bagi aku bedak ni. So, nak tak nak, aku pakai la. Pastu kawan aku tegur, muka aku nampak berseri2, muka pun tak minyak sangat sampai ke petang lepas tu aku start pakai balik. Harga murah ja RM27 (non-member) RM17 (member price)
Hihihi :D 

2. Simplysity Acne Solution (Simply 5 Cream)

Ni kakak aku yang beli.. Almaklumla kakak aku ni pembazir sikit. Pantang gaji mesti beli barang2 makeup. Aku ni masa tengah study kedekut sikit nak keluarkan duit untuk alat2 cosmetic. Selalu memang kakak yang jadi supplier.. Ok masa pakai ni, memang best la.. Kulit nampak flawless. Tak rasa berat kat muka. Harga pun takla mahal sangat. Selalunya aku apply cream ni before pakai compact. Harga tak sure sbb kakak yang selalu supply. Tak silap below RM50.
(No 4 dari kiri) 


3. Mary Kay Foundation

Sebelum pakai simplysity product kat atas, aku pernah pakai marykay. Marykay ni best product yang aku pernah pakai. Memang best gila. Harga pun berpatutan. Cuma Rm60 if tak silap.Ni pun kakak aku yang introduced kat aku sebab dia member kat MaryKay jugak. So far bila pakai ni, kulit muka rasa gebu semacam ja.Pastu cover liang roma and tahan lama. Tu yang best best best.. Tapi kakak aku dah pindah KL, so aku pun beralih arah..

Packaging Lama

Packaging Baru




Ok kat bawah ni hasil pakai Miyami dan cream simplysity..









Tadaaaaaaaaaa....... :)


Selain tu teknik cahaya jangan lupa..tu pun penting jugak.... hihihi
(Gambar masa kenduri kat kampung)




Alhamdulillah bila pakai Miyami dengan cream/foundation ni memang kulit flawless gila.. Hehe.Aku jarang pakai blusher kecuali bila perlu. Hah ni review aku untuk product yang aku pakai. So korang pakai apa untuk nampak cerah berseri? Jom share tips dan product apa yang bestt!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan